HO, LOKE & KOH NOTIS DATA PERIBADI (Bahasa Malaysia)
Notis ini dikeluarkan kepada semua klien/bakal klien kami yang dihargai selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010.
Kami memandang serius data peribadi anda. Kami melampirkan di sini Dasar Privasi kami untuk rujukan dan rekod anda.
Pengumpulan Data Peribadi
Sebelum, bila atau sepanjang proses kami bertindak untuk anda selaku peguam anda, kami akan meminta anda memberikan data dan maklumat tentang diri anda (“Data Peribadi”) untuk membolehkan kami memberi perkhidmatan-perkhidmatan guaman yang diminta oleh anda.
Kami mengumpul kebanyakan Data Peribadi secara terus daripada anda atau apa-apa dokumen yang diberikan oleh anda kepada kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa borang, permohonan, perjanjian, kad nama dan lain-lain.
Dalam kes-kes tertentu, kami akan menerima Data Peribadi anda daripada pihak ketiga (seperti pemaju hartanah ataupun institusi kewangan) yang mempunyai perhubungan kontrak dengan anda. Untuk kes-kes sebegini, kami akan mengesahkan dengan anda Data Peribadi yang telah diberikan kepada kami dan kami mungkin akan meminta lebih maklumat peribadi daripada anda.
Dalam sesetengah kes, anda mungkin (sebagai wakil kepada seseorang atau orang-orang) memberikan data peribadi berkenaan orang-orang yang anda wakili tersebut kepada kami untuk tujuan mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Untuk kes-kes sebegini, anda merepresentasi dan menjamin bahawa anda telah memperolehi persetujuan daripada orang-orang yang anda wakili tersebut atau sebaliknya berhak untuk memberikan data peribadi orang-orang tersebut kepada kami.
Kami juga boleh mengesahkan atau mendapatkan maklumat peribadi berkenaan anda daripada sumber pihak ketiga (awam dan swasta) yang boleh menunjukkan bahawa, selain dari Data Peribadi yang dinyatakan di atas, anda adalah seorang pengarah syarikat, tindakan-tindakan atau prosiding-prosiding guaman di mana anda, ataupun syarikat-syarikat di mana anda adalah seorang pengarah, adalah terlibat dan lain-lain Data Peribadi yang berkenaan.
Sumber pihak ketiga yang daripadanya kami boleh mengumpul atau mendapat pengesahan Data Peribadi anda, adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- peguam, akauntan, setiausaha syarikat, bank-bank, majikan dan lain-lain syarikat atau firma atau orang yang anda telah mengarahkan kami untuk mendapatkan Data Peribadi anda;
- agensi-agensi atau badan-badan kerajaan ataupun awam seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pendaftar Perniagaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Pengarah Insolvensi, mahkamah, pejabat tanah, kerajaan tempatan;
- biro kredit, agensi laporan kredit, ahli keluarga anda, majikan atau wakil sah, yang memberikan maklumat kredit atau maklumat kewangan yang lain;
- syarikat-syarikat yang mengumpulkan maklumat yang berada di dalam domain awam seperti CTOS Business Systems Sdn Bhd;
- maklumat daripada domain awam.
Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan Data Peribadi anda kepada kami atau melalui notis bertulis menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan kami memproses Data Peribadi anda. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan Data Peribadi tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda kepada kami untuk memproses Data Peribadi anda mungkin mengakibatkan kami tidak dapat memberi perkhidmatan guaman kepada anda secara berkesan dan berterusan, dan mungkin mengakibatkan kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan dokumentasi guaman, transaksi-transaksi atau tindakan guaman yang dikendalikan oleh kami selaku peguam anda.
Apakah jenis Data Peribadi yang kami kumpul?
Secara amnya, Data Peribadi yang kami kumpul adalah termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, kewarganegaraan, alamat kediaman dan perniagaan, alamat e-mel, nombor telefon, maklumat pekerjaan, maklumat kewangan (butiran cukai pendapatan atau akaun bank anda) dan butiran perkara subjek transaksi atau tindakan guaman yang dikendalikan oleh kami selaku peguam anda (butiran hartanah atau butiran hutang). Sekiranya anda adalah seorang pengarah, pengurus, setiausaha syarikat atau pemegang saham sebuah syarikat yang memerlukan perkhidmatan kami, data peribadi anda sebagai pengarah, atau sebagai pengurus, setiausaha syarikat, atau pegangan saham dalam syarikat itu akan dikumpulkan.
Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan dikumpul, digunakan dan diproses oleh kami, antara lainnya, bagi tujuan berikut:
- menyediakan dan membekalkan perkhidmatan yang efektif kepada anda;
- memberikan nasihat dan atau pendapat guaman kepada anda;
- melaksanakan arahan-arahan anda selaku peguam anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada merunding untuk apa-apa transaksi atau penyelesaian untuk dan bagi pihak anda, penyediaan, penyeteman dan/atau pendaftaran dokumentasi-dokumentasi guaman untuk transaksi anda, pengeluaran notis guaman atau surat untuk dan bagi pihak anda, penyediaan pemfailan dan penyampaian pliding-pliding dan dokumen-dokumen Mahkamah yang berkaitan dengan tindakan guaman yang melibatkan anda untuk dan bagi pihak anda);
- mematuhi obligasi-obligasi yang timbul dari undang-undang perjanjian, pengaturan, hubungan komersil atau kontrak atau tindakan guaman yang melibatkan anda;
- menyampaikan notis-notis, dokumen-dokumen, perjanjian-perjanjian, borang-borang dan lain-lain dokumen selaras dengan perkhidmatan kami;
- memberitahu atau berkomunikasi dengan anda dan menyampaikan kepada anda perkembangan berkenaan transaksi atau tindakan guaman anda atau apa-apa maklumat lain yang relevan melalui penghantaran, pos, e-mel atau lain-lain cara telekomunikasi, termasuk panggilan telefon atau mesej teks;
- menerima wang untuk pihak anda atau mendapatkan fi dan perbelanjaan yang tertunggak daripada anda;
- memberitahu anda tentang perkembangan undang-undang yang penting dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami fikirkan mungkin bernilai untuk anda;
- memenuhi sebarang keperluan atau kawal selia berkaitan dengan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan oleh kami;
- membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada kami atau profesion guaman;
- penyimpanan akaun atau rekod dalaman kami;
- apa-apa tujuan lain yang diperuntukkan dalam perkhidmatan-perkhidmatan kami.
Kepada siapakah kami mendedahkan Data Peribadi anda?
Data Peribadi anda yang kami pegang akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan kami membekalkan kepada anda perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta oleh anda secara berkesan dan untuk mematuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan, kami mungkin perlu mendedahkan Data Peribadi anda kepada:
- rakan-rakan kongsi, peguam-peguam dan pekerja-pekerja kami;
- rakan-rakan sekutu dan/atau anggota gabungan kami (termasuk mana-mana kaunsel atau peguam yang mungkin dilantik oleh kami untuk membantu kami membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkesan kepada anda;
- ejen-ejen dan pembekal-pembekal perkhidmatan yang kami telah mengambil khidmat untuk melaksanakan sesetengah fungsi, perkhidmatan dan aktiviti kami;
- panel bank-bank atau broker-broker gadai janji kami;
- juruaudit, pakar runding atau penasihat profesional kami yang lain;
- mana-mana firma guaman, pemaju, bank, pejabat tanah dan lain-lain pihak yang terlibat (secara langsung atau sebaliknya) dengan transaksi yang dikendalikan oleh kami;
- mana-mana pihak yang dibenarkan oleh anda;
- mana-mana agensi penguatkuasaan, kawal selia atau kerajaan (tempatan, negeri atau persekutuan), Majlis Peguam, mahkamah, tribunal, penimbang tara dan mana-mana orang atau badan kepada mana kami terpaksa atau dikehendaki di bawah undang-undang atau apa-apa perintah mahkamah untuk membuat pendedahan.
Bagaimanakah kami melindungi Data Peribadi anda?
Keselamatan Data Peribadi anda merupakan keutamaan kami. Kami mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan Data Peribadi anda. Jika kami mendedahkan apa-apa Data Peribadi anda kepada ejen atau pembekal perkhidmatan, panel bank atau broker gadai janji kami yang diberi kuasa, kami akan menghendaki mereka untuk melindungi dengan sewajarnya Data Peribadi yang diberikan kepada mereka.
Berapa lamakah kami boleh menyimpan Data Peribadi anda?
Kami hanya akan menyimpan Data Peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ianya dikumpulkan dan juga untuk tujuan-tujuan lain yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini. Kami juga akan mematuhi keperluan/garis panduan undang-undang, cukai, pihak berkuasa dan industri berkenaan penyimpanan rekod.
Perubahan pada Dasar Privasi ini
Perubahan dari semasa ke semasa mungkin akan dibuat kepada Dasar Privasi ini. Jika terdapat perubahan material atau ketara kepada Dasar Privasi ini, kami akan memberitahu anda tentang perubahan tersebut melalui satu notis yang akan dihantar menerusi e-mel atau pos biasa ke alamat terakhir anda yang diketahui oleh kami.
Hak-hak anda
- Anda mempunyai hak untuk mengakses Data Peribadi anda. Jika anda ingin mengakses Data Peribadi anda, sila hubungi kami. Kami akan mengambil langkah-langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses Data Peribadi anda.
- Kami komited untuk memastikan Data Peribadi yang kami pegang berkenaan anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda memberikan kepada kami Data Peribadi anda yang benar dan tepat. Jika anda mempunyai apa-apa alasan untuk mempercayai bahawa Data Peribadi anda (atau orang-orang lain yang mungkin diberikan oleh anda) yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, sila hubungi kami dan meminta kami untuk membetulkan dan/atau mengemaskinikan Data Peribadi anda dan kami akan mengambil langkah-langkah untuk membetulkan dan/atau mengemaskinikan Data Peribadi anda.
- Anda berhak untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami dengan menarik balik secara nyata sebahagian ataupun dengan sepenuhnya persetujuan anda yang diberikan di dalam ini.
Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?
Jika anda perlu menghubungi kami, anda boleh menghubungi kami di:-
| Alamat | : | Tetuan Ho, Loke & Koh A-1-1, Megan Phileo Promenade, 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur |
| No. Tel No. Faks Emel |
: : : |
03-21662882 03-21664350 general@hlk.com.my |
Dasar Privasi ini disediakan dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Jika terdapat apa-apa percanggahan antara kedua-dua versi ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan dan digunakan.
